Untuk hari bahagia anda

Himpun dan simpan detik kebahagiaan anda.

Kerana setiap detik itu bermakna. Dapatkan galeri digital yang menghimpunkan setiap sudut perkahwinan anda melalui papan fizikal QR dan NFC. Kumpulkan gambar, video, ucapan, dan warkah (tulisan) dari insan-insan tersayang.

Putar untuk melihat galeri digital

Contoh perbualan

Kak YanaSiapa ada gambar masa akad nikah tadi? Tak sempat nak tangkap!
AmirAda banyak dalam telefon, nanti malam sikit saya send dalam group ya.
Mak SuVideo masa bersanding tadi siapa rakam? Send kat mak su sekali!

Gambar dan video tetamu tidak sepatutnya hilang begitu sahaja.

Jangan biarkan memori hari bahagia anda terbiar sepi dalam telefon berbeza sampai tenggelam begitu sahaja. Berkongsi sesama sendiri bukan sahaja renyah, malah menjejaskan kualiti asal media tersebut.

Ikut bajet

Pilih pakej mengikut keperluan dan bajet majlis anda.

Kami uruskan

Kami hadir ke lokasi untuk memasang dan menghias papan majlis.

Tanpa aplikasi

Hanya imbas QR atau sentuh NFC untuk membuka galeri majlis.

Tanpa akaun

Hanya masukkan nama, kemudian kongsi gambar, video dan ucapan.

Kawasan liputan

Majlis anda, kami sampai.

Kawasan ini kami sediakan tanpa caj tambahan: Penang, sebahagian Kedah serta Perak. Untuk venue di luar kawasan, kami cuma kenakan RM1 bagi setiap 1km bagi membantu menampung perjalanan.

Penang

Kawasan utama

Kedah

Sebahagian kawasan

Perak

Sebahagian kawasan

Semak venue anda

Dari imbas sehingga galeri, tanpa aplikasi.

Pilih pakej untuk majlis anda.

Semua pakej menyokong muat naik tanpa had, moderasi hos dan muat turun galeri penuh.

Warkah Asas

RM79/ majlis

Pakej asas dengan plak QR + NFC dan galeri kenangan majlis.

  • 15 plak sewaan (QR + NFC)
  • Gambar, ucapan teks dan audio
  • Servis setup di lokasi
  • Kawalan galeri sepanjang majlis
Pilih Warkah Asas
Cadangan Kami

Warkah Citra

RM99/ majlis

Pakej lengkap dengan rakaman video dan galeri kenangan majlis.

  • 20 plak sewaan (QR + NFC)
  • Video rakaman 5 minit
  • Gambar, ucapan teks dan audio
  • Servis setup + kawalan galeri sepanjang majlis
Pilih Warkah Citra

Warkah Eksklusif

RM119/ majlis

Pakej premium dengan RSVP, eKad jemputan serta media lengkap.

  • 30 plak sewaan (QR + NFC)
  • Sistem RSVP, peta dan kalendar
  • eKad jemputan
  • Video rakaman 5 minit, gambar, teks dan audio
  • Servis setup + kawalan galeri sepanjang majlis
Pilih Warkah Eksklusif

A'la Carte

Pilih hanya apa yang anda perlukan, mengikut bajet dan cara anda meraikan hari istimewa.

Ikut Bajet Anda

Soalan lazim

Adakah tetamu perlu memuat turun sebarang aplikasi?

Tidak sama sekali. Tetamu hanya perlu mengimbas kod QR menggunakan kamera telefon atau menyentuh (tap) telefon pada cip NFC papan tersebut. Galeri dan borang muat naik akan terus dibuka melalui pelayar web (browser) telefon mereka.

Bagaimanakah cara tetamu merakam video ucapan?

Melalui fungsi Live Browser Recording, kamera pelayar web akan dibuka serta-merta dengan tetapan had masa tertentu. Tetamu hanya perlu menekan butang rakam dan hantar tanpa perlu memuat naik fail bersaiz besar daripada galeri telefon mereka.

Bolehkah saya menapis gambar atau video sebelum ia dipaparkan kepada umum?

Ya, anda boleh memilih untuk menapis media tersebut atau sebaliknya. Sistem ini dilengkapi panel kawalan hos. Setiap muat naik memerlukan kelulusan hos atau moderator sebelum ia dipaparkan pada skrin atau album.

Berapa lamakah galeri ini boleh diakses selepas majlis selesai?

Galeri akan kekal aktif sepanjang tempoh majlis dan sehingga 2 bulan selepas tarikh majlis. Selepas itu, anda masih boleh mengakses pautan galeri yang sama untuk memuat turun semua media yang telah dikumpul.

Apakah perbezaan papan fizikal WCD dengan kod QR biasa yang dicetak sendiri?

Papan fizikal WCD ialah aset sewaan berkualiti tinggi (rekaan akrilik atau kayu eksklusif) yang dilengkapi cip NFC pintar dan kod QR kekal. Anda tidak perlu bersusah-payah merekabentuk atau mencetak plak sendiri kerana kami menyediakan papan plak siap sedia untuk dipamerkan di setiap meja majlis anda.

Semoga majlis anda indah.

Majlis mungkin tamat, tetapi kenangannya kekal abadi.

Tempah papan untuk majlis anda.

Pilih pakej, masukkan butiran majlis, dan papan anda sedia untuk diprogramkan.